1. Sistem bahan api
Sistem bahan api berfungsi bagi membekalkan bahan api petrol atau diesel kepada enjin. Kesemua enjin diesel menggunakan sistem suntikan bahan api manakala hampir kesemua model kereta berenjin petrol terkini menggunakan suntikan bahan api bagi menggantikan karburetor.

2. Sistem ekzos
Berfungsi bagi menyingkirkan gas-gas ekzos hasil pembakaran bahan api daripada enjin.

3. Sistem pelinciran
Berfungsi bagi melincirkan enjin untuk mengurangkan geseran serta mengurangkan kehausan bahagian utama enjin yang boleh mengakibatkan kerosakan pada enjin.

4. Sistem penyalaan
Berfungsi untuk menghasilkan percikan bunga api untuk pembakaran bahan api petrol. Tenaga daripada pembakaran minyak petrol akan seterusnya menggerakkan omboh dan menghasilkan kuasa bagi enjin. Sistem penyalaan hanya terdapat pada enjin petrol sahaja kerana pada enjin diesel, minyak diesel dibakar dengan mengenakan mampatan udara bertekanan tinggi yang turut menaikkan suhu sehingga minyak diesel terbakar.

5. Sistem transmisi
Berfungsi untuk menghantar aliran kuasa enjin kepada roda pemacu. Sistem transmisi menyediakan pilihan nisbah gear yang untuk bersesuaian dengan keadaan pemanduan. Terdapat dua jenis sistem transmisi secara umumnya iaitu transmisi manual dan transmisi automatik.

6. Sistem elektrik
Berfungsi membekalkan arus elektrik yang diperlukan oleh sistem penyalaan, lampu-lampu utama dan lampu isyarat, serta peralatan elektrik yang lain.

7. Sistem penyejukan
Berfungsi menyejukkan enjin agar enjin dapat beroperasi pada suhu yang betul. Enjin yang terlalu panas akan mengalami kerosakan manakala enjin yang terlalu sejuk pula tidak berupaya menghasilkan kuasa optimum.

8. Sistem kemasukan udara
Berfungsi membekalkan udara bersih kepada enjin pembakaran bahan api.

9. Sistem kerangka dan suspensi
Berfungsi menyokong enjin, pemandu, penumpang serta kenderaan itu sendiri. Sistem suspensi menyerap hentakan sepanjang jalan bagi keselesaan pemandu dan penumpang.

LikeTweet

LikeTweet

1. Palam pencucuh
Palam pencucuh akan menghasilkan bunga api untuk membakar campuran minyak dan udara. Palam pencucuh mestilah sentiasa dalam keadaan baik bagi menghasilkan pembakaran yang sempurna.

2. Injap (Valve)
Injap masukan akan terbuka semasa capuran minyak dan udara masuk kerunag pembakaran, manakala injap ekzos akan tertutup. Kedua-dua injap tersebut akan tertutup semasa proses mampatan dan pembakaran berlaku diruang pembakaran. Injap ekzos akan terbuka setelah pembakaran selesai bertujuan untuk membuang asap melalui ekzos.

3. Piston
Piston berbentuk silinder yang diperbuat dari besi tuang. Ia akan bergerak ke atas dan kebawah di dalam bongkah enjin.

4. Piston ring
Piston ring berfungsi sebagai pelindung geseran antara piston dan silinder.
Fungsi ring ialah :
•Mengelakkan kemasukan campuran minyak dan udara keruang
pembakaran semasa proses mampatan dan pembakaran berlaku.

•Mengelakkan kemasukan minyak enjin ke ruang mampatan, yang mana ia boleh menyebabkan minyak enjin tersebut berkurang. Kebanyakkan minyak enjin keteta akan berkurangan dan perlu ditambah setiap 1000 kilometer, kerana enjin kereta telah lama dan piston ring tidak dapat menutup dengan sempurna.

5. Rod penghubung
Rod penghubung akan menyambungkan antara rod dengan aci engkol. Pergerakkan aci engkol akan menyebabkan piston bergerak ke atas dan kebawah.

6. Aci engkol
Aci engkol akan menggerakkan piston ke atas dan ke bawah dalam gerakan yang sekata.

7. Aci sesondol
Aci sesondol merupakan peralatan yang digunakan pada enjin omboh untuk membuka dan menutup injap. Ia terdiri daripada rod silinder yang merentasi enjin dengan beberapa sesondol berbentuk lonjong, satu untuk setiap injap. Sesondol membuka injap dengan menolaknya ataupun menggunakan mekanisme perantaraan, sambil ia berputar.

8. Pengaut
Pengaut berada di bahagian paling bawah enjin. Ia akan mengaut minyak enjin yang berada dalam takungan minyak, serta membasahkan seluruh bahagian aci engkol, rod penghubung serta piston. Minyak ini akan mengurangkan geseran serta dapat memanjangkan jangka hayat bahagian-bahagian enjin.

LikeTweet

1. Kelikatan

• Ukuran rintangan terhadap pengaliran cecair iaitu minyak pelincir. Kadar kelikatan mestilah sesuai dengan jenis enjin. Jika kelikatan terlalu rendah minyak mudah mengalir dan tidak akan lekat pada komponen enjin. Sekiranya terlalu tinggi, pengalirannya akan menjadi terlalu perlahan .

2. Nombor kelikatan

a)Pelincir berkelikatan tunggal

• Mewakili gred kelikatan sesuatu minyak pelincir.
Contoh:
(SAE 20, SAE 30, SAE 40, SAE 50)

*Gred nombor yang lebih besar menunjukkan tahap kelikatan minyak pelincir yang lebih tinggi.

b)Pelincir berkelikatan berbilang(multigrade

• Minyak pelincir 'multigrade' adalah dirujuk dengan 2 kadar kelikatan.
Contoh:
(SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50)

*Konsonan 'W' adalah bermaksud 'Winter'atau 'Wet' iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk.

(SAE= Society of Automotive Engineering)

3. Jenis Minyak Pelincir

a) Fully Syntetic:

– jenis minyak yang paling nipis
– tahan sehingga 10’000km
– antara kadar kelikatan yang popular digunakan ialah 0W/30, 5W/40, 5W/50 atau 10W/40
-lebih sesuai untuk kegunaan enjin-enjin moden kerana kadar kelikatannya yang rendah

b) Semi-syntetic:

– Tahan sehingga 7000 km
– menggunakan kod dari 10W sehingga 15W (contoh: 15W-30)

c) Jenis Mineral:

– paling murah
– tahan sehingga 5000 km

4. Sifat-sifat yang perlu ada pada minyak pelincir

a) Mempunyai kelikatan yang tinggi.
b) Mempunyai aliran yang mudah/rendah.
c) Tahan dengan tekanan.
d) Mempunyai sifat sebagai pembersih.
e) Sesuai dengan suhu yang panas dan sejuk.
f) Tidak mudah menjadi wap.

LikeTweet

1. Minyak pelincir pada enjin silinder 4 lejang hendaklah selalu diperiksa untuk memastikan ianya berkeadaan baik.

2. Minyak pelincir yang telah lama mesti ditukar dengan yang baru kerana ia telah menjadi kotor dan kurang likat.

3. Minyak pelincir yang kotor atau kurang likat tidak dapat memeberi perlindungan sepenuhnya pada enjin.

Memeriksa Keadaan Minyak Pelincir

1. Gunakan ukur celup untuk memeriksa keadaan minyak pelincir.

2. Keadaan minyak pelincir :

•Hitam dan kotor – perlu diganti

•Baik tetapi di bawah paras minima – perlu ditambah

Kaedah Menukar Minyak Pelincir

1.Sediakan takungan untuk menadah minyak pelincir yang kotor.

2.Gunakan soket dang tangkai yang sesuai ( saiz 18mm – soket) untuk membuka plag buangan minyak.

3.Tanggalkan plag buangan minyak supaya minyak pelincir yang kotor dapat dikeluarkan sepenuhnya.

4.Sementara menunggu minyak keluar seluruhnya, tanggalkan penapis minyak dan kemudian digantikan dengan penapis minyak yang baru.

5.Untuk memastikan semua minyak pelincir keluar seluruhannya, masukkan lebih kurang ½ cawan melalui lubang isi minyak pelincir.

6.Biar selama 2 minit atau sehingga minyak pelincir berhenti keluar dari plag buangan minyak.

7.Kemudian, pasang dan ketatkan semula plag buangan minyak dengan menggunakan soket dan tangkai.

8.Isikan minyak pelincir yang baru melalui lubang pada plag isi minyak.

9.Uji kandungan minyak pada takungan minyak menggunakan ukur celup. Paras yang sesuai ialah di antara tanda minima dan maksima.

10.Jika paras minyak pelincir masih belum mencukupi, boleh menambahnya lagi sehingga sampai pada paras yang sesuai.

11.Manakala jika berlebihan, boleh membuka sedikit plag buangan minyak untuk membolehkan minyak pelincir keluar dalam kadar yang sedikit.

12.Setelah paras kandungan minyak pelincir berada dalam keadaan yang sesuai, pasangkan semula plag pengisi minyak dan ketatkan.

LikeTweet

1.Injap dalam enjin terbahagi kepada 2 iaitu masukan dan juga injap keluaran.

2.Injap masukan berperanan mengawal kemasukan campuran udara-bahan api ke dalam ruang pembakaran enjin.

3.Injap keluaran pula berperanan mengawal keluaran sisa-sisa pembakaran (gas ekzos).

4.Pergerakan kedua-dua jenis injap ini dikendalikan oleh rangkaian injap atau sistem injap yang dipandu oleh aci sesondol.



Langkah-Langkah Memeriksa Dan Melaraskan Jarak Kelegaan Injap

1.Hidupkan enjin dan biar suhu enjin mencapai sehingga kira-kira 80ºC.

2.Tanggalkan kesemua palam pencucuh dari kepala enjin.

3.Tanggalkan rocker cover dari kepada enjin.

4.Putarkan aci engkol sehingga 2 daripada 4 piston berada pada kedudukan TTA dalam ruang pembakaran enjin.

5.Kenalpasti injap-injap yang berada dalam keadaan tertutup dengan menggerakkan lengan jumpelang.

6.Periksa jarak kelegaan injap dengan menggunakan Tolok perasa dan laraskan sehingga jarak kelegaan yang sepatutnya.

7.Sekiranya jarak kelegaan perlu dilaraskan semula longgarkan nat pengunci pada lengan jumpelang menggunakan spanar gelang dan laraskan ruang kelegaan menggunakan tolok perasa sambil memutarkan pemutar skru.

8.Setelah jarak kelegaan yang sepatutnya diperolehi ketatkan semula nat pengunci tanpa melepaskan pemutar skru.

9.Putarkan aci engkol 360º untuk membolehkan 2 piston yang lain pula berada pada kedudukan TTA.

10.Ulangi langkah 6,7 dan 8.

11.Pasang semula rocker cover dan palam pencucuh.

LikeTweet


Sistem pelinciran ialah sistem yang melancarkan pergerakan bahagian yang bergerak di dalam enjin. Sistem ini bertujuan untuk mengurangkan geseran dan kehausan pada setiap komponen yang bergerak di dalam enjin serta menghindarkan kepanasan yang mungkin terjadi akibat daripada pergeseran komponen-komponen tersebut. Bahan pelicin tersebut termasuklah minyak enjin, minyak gear, minyak pembeza dan minyak gris.

Enjin kereta mengandungi bahagian dan komponen yang minyak pelincir dapat mengalir melaluinya bagi mengurangkan pergeseran dan kehausan. Minyak pelincir enjin melicinkan semua jenis galas, aci engkol, aci oleng, omboh dan gelang omboh serta dinding silinder.


Komponen-komponen yang bergerak dalam enjin adalah:

*omboh,

*aci sesondol,

*aci engkol,

*gelang omboh,

*rod penghubung.

Minyak enjin (pelincir) memberi satu lapisan nipis untuk memisahkan bahagian-bahagian yang bergerak dalan enjin. Dengan adanya bahan pelincir ini yang memainkan peranan sebagai pemisah antara dua permukaan komponen yang bergerak maka geseran dan kehausan dapat dikurangkan.

Jenis Sistem Pelinciran

1.Sistem simbahan

•Digunakan dalam enjin kereta lama dan enjin empat lejang bagi mesin-mesin kecil seperti mesin rumput.

2.Jenis Suap bertekan

•Sistem pelinciran yang bertekanan atau suapan bertekanan (digerakkan oleh pam)

LikeTweet

1 Enjin terlalu panas
2 Cecair dalam tangki air radiator sering berkurangan.
3 Terdapat kesan minyak pelincir dalam cecair radiator.
4 Terdapat rekahan atau keretakan pada 'Radiator'.
5 Terdapat kebocoran pada saluran (Hose).
6 'Motor'kipas tidak berfungsi dengan baik.

Antara kerosakan yang sering berlaku dan punca-puncanya ialah :-

1 Enjin terlalu panas

• Cecair tidak ditambah setiap hari.

Terdapat beberapa kemungkinan boleh menyebabkan air berkurangan dan radiator menjadi kering setiap hari. Selalunya, kerosakan berlaku pada gasket penebat pam air yang telah bocor atau haus, yang mungkin sudah terlalu lama digunakan atau kesilapan semasa pemasangan.

Jika ini berlaku, keluarkan pam air daripada enjin dan periksa kesan cecair yang menitik daripada injap semak pam 'preasure check valve'. Jika terdapat kesan kebocoran, buka komponen pam air dan gantikan gasket penebat, jika keadaan 'impeller' sudah uzur, berkarat. Penggantian perlu dilakukan. Dipasang kembali dan uji samaada masih ada kebocoran, diteliti punca kebocoran. Jika masih bocor mungkin permukaan pertemuan pam air dengan enjin sumpik, calar dan tidak rata memungkinkan air boleh keluar.

• Hos aliran cecair rosak.

Periksa juga hos aliran cecair daripada radiator kepada pam cecair, dan daripada enjin blok ke radiator. Jika hos didapati terseliuh atau patah, pengaliran
cecair daripada tangki cecair tidak akan mengalir dengan bebas dalam sistem penyejukkan lalu menyebabkan enjin terlampau panas. Jika hos aliran cecair didapati lembut, gantikan dengan yang baru.

• Termostat tidak beroperasi walau pada suhu yang tinggi.

Selalunya terdapat termostat yang tidak beroperasi seperti yang dijangka, atau cecair dalam radiator tidak berubah walaupun pada suhu yang tinggi. Injap termostat sepatutnya terbuka apabila suhu meningkat kepada 26°C.

Jika hal ini berlaku, keluarkan daripada enjin dan periksa samaada injap dapat terbuka atau tertutup. Masukkan termostat kedalam balang yang hampir berisi air dan masukkan meter suhu ke dalam balang tersebut. Panaskan cecair dan perhatikan pergerakan injap termostat. Ia sepatutnya mula terbuka pada tahap suhu 79-80°C bagi termostat yang bertanda 82°C, jika injap tidak terbuka selepas 82°C itu tandanya injap itu rosak. Untuk mengatasi masaalah ini, hanya perlu ganti termostat yang baru dengan suhu operasi sama seperti yang lama. Seeloknya gantikan dengan termostat yang dikeluarkan oleh pengeluar enjin.

• Jeriji radiator tersumbat atau mengepis.

Cara membaiki adalah dengan mengeluarkan radiator daripada enjin dan melakukan pancuran bertentangan. Proses ini adalah untuk membuang kotoran daripada jeriji radiator.

• Motor kipas rosak atau bilah kipas patah

Uji motor kipas dengan menggunakan kuasa bateri 'direct current' lihat samaada berpusing atau tidak. Jika tidak gantikan dengan yang lain. Biasanya komponen ini tidak boleh dibaiki. Jika hanya bilah kipas sahaja yang patah atau piuh, gantikan dengan model yang sama.

2 Cecair dalam tangki air radiator berkurangan.


Rajah : Laluan air sebagai agen penyejuk pada sesebuah kereta

Cecair dalam tangki air radiator sering berkurangan walaupun tiada kesan kebocoran pada bahagian luar enjin. Kerosakan seperti ini memang sukar di kesan tanpa alat penguji tekanan. Kerosakan ini mungkin disebabkan oleh dinding silinder yang retak dan cecair memasuki silinder sedikit demi sedikit semasa lejang kuasa. Untuk memastikan kerosakan, uji tekanan dalam sistem penyejukkan adalah antara10-15 bar. Jika tekanan berkurangan semasa alat penguji tekanan ditekan, dan pada masa yang sama tidak terdapat sebarang kebocoran daripada sambungan hos air dan pam air, maka disahkan kebocoran berpunca daripada dinding silinder.Jika hal ini berlaku, keluarkan semua cecair daripada enjin dan gantikan pelapik silinder yang bocor atau retak dengan saiz yang sama, atau enjin kereta tersebut perlu diganti dengan enjin blok terpakai ataupun dengan blok enjin yang baru.


Berkemungkinan juga ada kebocoran yang halus pada radiator, ini dapat dilihat dengan membiarkan enjin hidup dan lihat jika ada air menitis atau keadaan berair pada radiator. Kemudian tanggalkan radiator dari kereta dan lakukan baik pulih.

3 Terdapat kesan minyak pelincir dalam cecair radiator.

Gasket kepala silinder bocor, atau bolt pengikat kepala silinder longgar. Ini menyebabkan minyak pelincir masuk ke saliran cecair penyejuk melaluinya. Jika ini berlaku, keluarkan cecair daripada radiator dan blok enjin, kemudian lakukan kerja baik pulih bahagian atas silinder enjin 'top overhaul'.

Ciri-ciri sistem penyejukkan yang baik pada enjin :-

– Suhu enjin stabil semasa operasi
– Tidak terdapat sebarang titisan atau lelehan cecair daripada enjin.
– Tali sawat dalam keadaan ketegangan yang baik mengikut spesifikasi (antara 12-19)
– Enjin dapat dihidupkan dengan segera walaupun dalam keadaan cuaca sejuk.

LikeTweet

*Sistem penyalaan

Berfungsi untuk menghasilkan percikan bunga api untuk pembakaran bahan api petrol. Tenaga daripada pembakaran minyak petrol akan seterusnya menggerakkan omboh dan menghasilkan kuasa bagi enjin.

Sistem penyalaan hanya terdapat pada enjin petrol sahaja kerana pada enjin diesel, minyak diesel dibakar dengan mengenakan mampatan udara bertekanan tinggi yang turut menaikkan suhu sehingga minyak diesel terbakar.

*Komponen-komponen dalam sistem nyalaan

1. Palam pencucuh


•Palam pencucuh akan menghasilkan bunga api untuk membakar campuran minyak dan udara. Palam pencucuh mestilah sentiasa dalam keadaan baik bagi menghasilkan pembakaran yang sempurna.

2. Bateri

•Membekalkan arus electric yang diperlukan oleh sistem penyalaan.

3. Gelung penyalaan

•Meninggikan voltan arus elektrik yang hendak di alirkan kepada palam pencucuh

4. Kabel tegangan tinggi

•Membekalkan arus voltan tinggi dari gegelung penyalaan kepada palam pencucuh

*Urutan pengagihan voltan kepada palam pencucuh

•Urutan pengagihan (firing order) ada kerana memastikan palam pencucuh memberi spark ke kebuk pembakaran mengikut urutan yang telah ditetapkan.

•Urutan pengagihan enjin biasanya 1-3-4-2. Urutan pengagihan voltan ditentukan oleh pengagih (distributor).

•Oleh itu, pengagihan voltan perlu mengikut urutan tersebut. Sekiranya diubah, enjin tidak dapat dihidupkan.

•Untuk penerangan yang lebih terperinci, sistem enjijn, komponen dalamannya saling berkait, ‘ignition rotor’ yang ada dalam pengagih (distributor) dikawal oleh aci sesondol.

•Aci sesondol digerakkan bersama-sama dengan aci engkol oleh ‘timing belt’ atau ‘timing chain’.

•Oleh sebab crankshaft yang mengawal pergerakan turun naik piston maka piston yang naik keatas terlebih dahulu iaitu 1 diikuti 3,4 dan 2. Oleh itu, urutan pengagihan voltan perlu selari dengan pergerakan turun naik omboh.

LikeTweet


•Palam pencucuh merupakan peralatan elektrik yang dipasang pada kepala silinder enjin petrol.

•Berfungsi membakar campuran udara-bahan api melalui bunga api elektrik.

•Palam pencucuh ditebat di sekeliling elektrod tengah serta disambung ke sistem penyalaan enjin melalui wayar voltan tinggi berpenebat tebal.

Bahagian-Bahagian Palam Pencucuh


•(A)-Terminal / Nat Punca – disambungkan ke gelung pembakaran.

•(B)-Penebat – dibuat daripada seramik aluminium oksida, ia direka bagi menampung suhu setinggi 550 °C dan voltan setinggi 60,000 V.

•(C)-Capaian –

•(D)-Elektrod bumi – menghasilkan bunga api.

•(E)-Celahan- tempat penghasilan bahan api

•(F)-Bekas logam – membuang haba daripada penebat serta berfungsi sebagai elektrod bumi.

Jurang Palam Pencucuh

•Setiap palam pencucuh mempunyai jurang (jarak antara elektrod tengah dan elektrod bumi) yang boleh dilaras semasa memasang palam pencucuh.

•Jurang palam pencucuh dilaras dengan membengkokkan sedikit elektrod bumi.

•Tolok perasa digunakan bagi memastikan ukuran jurang palam pencucuh yang tepat.

•Jurang yang terlalu sempit boleh sentiasa membakar campuran udara-bahan api tetapi bunga api yang terhasil adalah terlalu kecil.

•Jurang yang terlalu besar pula menghasilkan bunga api yang kuat tetapi boleh terlepas nyalaan semasa kelajuan enjin tinggi.

•Palam pencucuh dengan jurang yang tepat (0.8mm) meenghasilkan bunga api yang cukup panas tetapi dalam masa yang sama tidak akan terlepas nyalaan.

LikeTweet

Palam pencucuh yang Normal

Permulaan pembakaran adalah perlahan dan tidak kuat kerana akan memberi kesan kepada prestasi enjin. Jumlah electrode dihakis adalah minimal yang mana menunjukkan plug panas pada tahap yang betul dan ini membolehkan ia beroperasi dengan baik.

Plug Berminyak ( Oil fouled )

Terlalu banyak minyak memasuki combustion chamber (kebuk pembakaran). Keadaan ini berlaku kerana piston ring atau dinding cylinder sudah mengalami kerosakan. Minyak juga boleh masuk ke kebuk pembakaran disebabkan ada ruang kecil (clearance) dalam valve guides.

Cara Mengatasi : Suci atau basuh spark plug dengan petrol, berus dan kertas pasir.

Pre-ingition

Biasanya satu atau lebih keadaan operasi dalam enjin mengalami pre-ingition. Hal ini mungkin berpunca dari permulaan kebuk pembakaran bernyala, pembakaran dalam kebuk pembakaran tidak terkawal atau tahap kepanasan plug terlalu tinggi untuk membolehkan enjin beroperasi dengan stabil.
Cara mengatasi: Baiki kerosakan pada enjin.

Letupan (Detonation)

Pembakaran tidak normal boleh menyebabkan insulator core pada plug retak atau patah. Letupan yang berlaku memberikan tekanan yang tinggi keatas komponen dalam enjin. Keadaaan ini menyebabkan masa pembakaran berlaku terlalu cepat, campuran udara dan bahan api kurang sempurna akan berlaku.

Cara mengatasi: Ganti dengan spark plug baru.

Plug haus (Worn)

Plug mengalami kerosakan dan perlu ditukar. Voltage yang dikeluarkan untuk menghasilkan percikan api adalah kira-kira dua kali ganda dan akan meningkat jika perjalanan jauh dilakukan. Jika keadaan ini berlaku, pergerakan enjin berlaku dengan pantas. Tidak baik untuk prestasi enjin dan penggunaan bahan api yang banyak akan berlaku.

Cara mengatasi: Ganti spark plug baru.

Plug terlampau panas (Overheated)

Keadaan Spark plug menunjukkan berlaku hakisan pada insulator dan electrode yang melampau.
Berlaku disebabkan pembakaran terlalu pantas, timing enjin yang tidak sempurna, sistem penyejukan enjin yang tidak berfungsi dengan baik. Campuran bahan api dan udara yang tidak sempurna atau berlaku kebocoran pada intake manifold.

Cara mengatasi: Baiki kerosakan pada enjin.

Gap Bridging

Permulaan pembakaran tidak menjadi kerana percikan api tersangkut antara ruang electrodes, menyebabkan spark plug tidak meletus (misfire). Bahan-bahan kecil atau debu yang terkumpul di sekitar electrode menyebabkan keadaaan ini berlaku.

Cara mengatasi: Suci atau basuh spark plug dengan petrol, berus dan kertas pasir

Plug berdedu (Ash fouled)

Permulaan pembakaran terutamanya dari membakar minyak tidak dapat dilakukan seperti pembakaran yang biasa. Apabila membenarkan ia terkumpul dalam masa terlalu lama (debu-debu), ia boleh menghilangkan spark dan akibatnya plug tidak meletus (misfire).

Cara mengatasi: Suci atau basuh spark plug dengan petrol, berus dan kertas pasir.

Kerosakan mekanikal (Mechanical damage)

Berlaku mungkin disebabkan objek asing termasuk dalam kebuk pembakaran (combustion chamber). Apabila keadaan ini berlaku, periksa cylinders lain untuk mencegah perkara yang sama daripada berulang. Keaadaan ini juga boleh disebabkan piston menyentuh spark plug atau berlanggar dengan firing end.
Cara mengatasi: ganti spark plug dengan yang baru.

Insulator Glazing

Insulator berwarna kekuning-kuningan (yellowish). Keadaan ini menunjukkan suhu spark plug meningkat secara tiba-tiba semasa pecutan kenderaan dilakukan. Kesimpulannya permulaan pembakaran adalah normal tetapi keadaan ini boleh membentuk lapisan nipis pada insulator dan misfire akan berlaku.

Cara mengatasi: ganti dengan spark plug yang baru.

Plug bertompokan (Splash fouled)

Kelihatan berlaku pada insulator dan kerap berlaku selepas kelewatan menalakan enjin (tune-up). Semasa pecutan dilakukan bahan dari piston crown atau kepala valve akan menanggalkan serpihan kecil dan menyebabkan permukaan insulator panas kembali.

Plug bercarbon (Carbon fouled)

Permukaan plug diselaputi carbon. Hal ini kerap berlaku disebabkan oleh terlalu banyak campuran bahan api dan udaraapabila pembakaran berlaku di kebuk pembakaran. Periksa choke, air clearner (penapis udara) tersumbatatau masalah kaburator. Keadaan ini juga boleh disebabkan voltan lemah, udara masukan ke kaburator tidak beropersi dengan baik atau mampatan cylinder rendah.

Cara mengatasi: Suci atau basuh spark plug dengan petrol, berus dan kertas pasir.

LikeTweet